Hansya Amie .
Meniru semasa periksa .
15/05/13 - 8:40 PTG - 2 comments

Hai uolss.. Apa khabar semua? Hope sihat sejahtera belaka. Berdasarkan tajuk kat atas , ape yang muncul dalam minda cerdas korang ? Bagi Hanis lah kan. Meniru? Memang Hanis tak suka meniru, tapi tak dinafikan bahawa Hanis sendiri memang pernah merasa macam mana meniru orang dan memberi tiru semasa dalam peperiksaan. Haha. Memang cool kan bila meniru, takde rasa bersalah pon. Haha, tapi Hanis lah , memang takut gilee kalau meniru ni. Takut ditangkap oleh cikgu. Kahkah.

Ok.. Tapi tu semua dulu , masa kecik - kecik , tak tahu pape lagi.. Meniru tu rasa seronok je. Tapi sekarang . Hanis memang tak suka sangat meniru, dan tak suka orang tiru Hanis walaupun Hanis ni kurang bijak. Memang tak suka .. Start daripada tingkatan 1 , Hanis ajar diri ni supaya tak meniru, dan itu kekal sampai sekarang. Alhamdulillah, kalau tak meniru pun, result masih ok. cukup makan lah. Haha.. 

Kalau meniru , mesti hati rasa tak tenang kan. Haha. Satu lagi, kalau seseorang kata Si Peniru tu meniru , mesti dia marah kan. tulah tanda tanda orang meniru. Haha. dah ramai Hanis jumpa orang macam ni. Haha. ingat orang tak tahu ke dia meniru. IMPORTANT.  Hanis memang pantang gilee lah kalau time periksa ni kelas bising mengalahkan pasar ikan wehhh. memang pantang gileee OK.  stress ok , nak jawab periksa pon tak tenang , tak boleh berfikir. 

Emm. ape lagi ea, nak luahkan semuanya ni. Stress betul lah. Bagi sesiapa yang suka meniru dalam peperiksaan tu, Hanis harap korang semua sedar yeee. Walaupun dapat markah tinggi , hasil meniru kan. Memang tinggi kot. Jangan bangga sangatlah, memalukan adelah. Hanis memang tak suka. Bukan ape, dah namanya periksa kan, buatlah sorang - sorang. Nak harapkan bantuan orang lain, yang tak semestinya betul. Usaha lah sendiri. Kalau asyik meniru macam mana nak berjaya dalam hidup. Hope , jadilah diri sendiri , jangan jadi diri orang lain. Usahalah sendiri, jangan bergantung pada usaha orang lain. btw. So sorry jika ada yang terasa . Haha.. Hanis rasa takde kot yg terasa, ape yang Hanis tulis ni semua betul kan. kan ? Haaa.. 

Yang terakhir ! last ni, baca yee.. ni lari tajuk sikit. Sesebuah kelas tu memang takkan harmoni atau aman sekiranya pelajar didalam kelas tu tak sepakat. Tak bekerjasama, asyik nak gaduh je. Hanis memang tak suka. Haaarghh.. dislike . Yekk . 

Oklah semua . mesti bosan baca entry kali ni ea. haha. biarlah. Assalamualaikum. Haaaa.























Al Muallim - Sami Yusuf



Pengikut Setia



Ini Saya.




Profile



Borak-borak .




Cerita Menarik di Sini .






Nuffnang